Saturday, August 22, 2009

Pengenalan Diri


  • Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog saya. Dengan adanya blog ini maka dapatlah saya mendapat reaksi positif daripada kalangan anda semua tentang komen atau apa jua cadangan membina untuk laman blog ini.
  • Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memenuhi syarat yang diwajibkan kepada para pelajar semester Julai 2009/2010 sabjek CCT 1023 Pengantar Teknologi Kominkasi PACE UUM KL dalam menyempurnakan Tugasan mereka. Terima Kasih kepada tenaga pengajar yang banyak mengajar saya dalam pembelajaran. Tak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sedikit sebanyak membantu saya membangunkan blog ini.
  • Saya Che Yuzaidi Azha Bin Che Yusof merupakan pelajar Tahun ke-2 Semester Julai 2009/2010 Jurusan Komunikasi UUM KL. Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan dan mempunyai 8 orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Tiong, Kota Bharu Kelantan dan kini sedang mengikuti kursus dalam bidang komunikasi di UUM KL secara Jarak Jauh kerana mempunyai kerjaya tetap.